AHLAN WASAHLAN

Monday, 2 July 2012

Ada apa dengan Sya'ban.?



Kurang sebulan lagi kita akan menyambut Ramadhan yang diberkati. Sekarang, kita berada dibulan sya'ban yang mulia.
Bulan Syaaban merupakan bulan yg kurang diberi perhatian oleh umat Islam. Perkara ini telah dinyatakan oleh Rasulullah Sollallahualaihiwasallam sendiri apabila ditanya tentang sebab baginda terlalu banyak berpuasa pada bulan Syaaban. Lalu baginda menjawab,
"Ini adalah bulan yg manusia leka terhadapnya di antara bulan Rejab dan Syaaban. Ia ialah bulan yg diangkat amalan kepada Tuhan sekalian alam. Maka aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa."
Umat Islam seolah-olah akan menyedari kedatangan Syaaban apabila telah sampai ke pertengahan bulan. Apabila diadakan majlis sempena Nisfu Syaaban, barulah umat Islam terjaga daripada lamunan mereka. Rupanya mereka telah berada di dalam bulan yg juga dinamakan 'Bulan Al-Qurra'' ini.
Cuaca panas terik di sini benar-benar mencabar kehambaan seseorang untuk berpuasa pada bulan mulia ini. Bahkan mungkin puasanya menyebabkannya terhalang daripada terus menuntut ilmu kerana keletihan. Maka, ulama mengajar supaya tinggalkan puasa sunat dan teruskan menuntut ilmu! Imam 4 mazhab telah menyatakan bahawa menuntut ilmu lebih afdhal daripada solat sunat, dan solat sunat pula lebih afdhal daripada puasa sunat. Maka, menuntut ilmu terlebih afdhal daripada puasa sunat. Namun andainya kalian dapat melaksanakan semuanya, maka beruntunglah kalian!
Ibnu Sirin berkata,
"Sesungguhnya ada kelompok manusia yg meninggalkan ilmu dan berada di mihrab-mhrab maka mereka solat dan berpuasa tanpa ilmu. Demi Allah, tidaklah seseorang itu beramal tanpa ilmu melainkan apa yg dia rosakkan lebih banyak daripada yg dia perbaiki."
Puasa nabi pada bulan Syaaban berbeza dengan puasa-puasa baginda pada bulan lain. Sayyidatuna 'Aisyah Radiyallahuanha berkata bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah Sollallahualaihiwasallam berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan. Dan beliau tidak pernah melihat baginda berpuasa paling banyak melebihi puasanya pada bulan Syaaban. Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Sekumpulan ulama di antaranya Ibnul Mubarak mentarjihkan bahawa baginda tidak berpuasa penuh pada bulan Syaaban, tetapi baginda berpuasa hampir keseluruhan bulan itu. Pendapat ini dikuatkan dengan hadith-hadith yg lain.

:: Solat khusus pada malam Nisfu Syaaban?
Hakikatnya, tidak pernah wujud solat khusus pada malam nisfu Syaaban walaupun ia pernah disebut dalam kitab-kitab seperti Qut Al-Qulub dan Ihya'.Imam Al-Kauthari menyatakan bahawa Al-Muhaddith Abd Hayy Al-Laknawi telah menjelaskan kebatilan riwayat ini di dalam Al-Athar Al-Marfu'ah fil Akhbar Al-Maudhu'ah'.
:: Puasa bulan-bulan haramkah atau puasa Syaaban yg lebih afdhal?
Terdapat ulama Syafieyyah dan selain mereka berpendapat puasa bulan-bulan haram lebih afdhal berdasarkan hadith,
"Puasa yg paling afdhal selepas puasa bulan Ramadhan ialah puasa pada bulan-bulan haram."
Sebahagian yg lain berpendapat puasa Syaaban lebih afdhal. Dalil mereka ialah Hadith Anas yg diriwayatkan oleh Imam Tirmizi,
"Nabi ditanya tentang puasa apakah yg paling afdhal selepas Ramadan? Nabi menjawab: Syaaban kerana mengagungkan Ramadhan."
Tetapi pada sanad hadith ini terdapat pertikaian.
Dalam Sunan Ibn Majah terdapat hadith yg disokong kekuatannya bahawa Usamah berpuasa pada bulan-bulan haram. Maka Rasulullah memberitahunya, "Puasalah Syawal". Maka Usamah meninggalkan puasa bulan haram dan berpuasa Syawal sehingga meninggal dunia. Maka inilah nas yg menunjukkan kelebihan puasa Syawal terhadap puasa bulan-bulan haram. Tetapi Rasulullah lebih banyak berpuasa Syaaban berbanding Syawal. Maka, puasa Syaaban terlebih afdhal berbanding bulan haram.
:: Kelebihan puasa Syaaban
Puasa Syaaban kadang-kadang dipandang remeh, Akan tetapi kelebihannya amat banyak. Antaranya:
1-Berdasarkan hadith, Syaaban ialah bulan yg manusia terleka akannya. Dalam hadith ini juga mengisyaratkan bahawa sebahagian ibadat yg masyhur kelebihannya kadang-kadang kurang afdhal berbanding selainnya. Maka manusia menyibukkan diri kerana masyhurnya kelebihan sesuatu lalu mereka terluput kelebihan yg lebih besar tetapi kurang kemasyhurannya.
Ulama menyatakan bahawa ibadat yg afdhal ialah ibadat dalam keadaan tersembunyi dan saat manusia sedang lalai daripada ketaatan. Oleh kerana itu, sekumpulan salaf gemar mengisi waktu di antara Maghrib dan Isya dengan solat. Mereka mengatakan waktu itu ialah waktu ghaflah (lalai). Begitu juga dengan kelebihan solat di tengah malam kerana saat itu ialah saat manusia sedang berada dalam kelalaian sepenuhnya daripada mengingati Allah.
Begitu juga dengan kelebihan zikir di pasar sebagaimana yg warid di dalam hadith dan athar. Ini ialah kerana lokasi itu ialah lokasi manusia leka daripada mengingati Allah.
Ibadat secara tersembunyi amat afdhal terutama ibadat puasa kerana puasa merupakan ibadat rahsia di antara hamba dan tuhannya.
Ada seorang ulama salaf yg berpuasa selama 40 tahun tanpa diketahui oleh seorang pun ketika itu. Beliau keluar dari rumahnya menuju ke pasar dengan membawa 2 keping roti. Lalu beliau pun menyedekahkan roti tersebut dan terus berpuasa. Maka ahli keluarga beliau menyangkanya telah makan roti yg dibawa ke pasar.. Manakala orang di pasar pula menyangkanya telah makan di rumahnya.

2-Puasa Syaaban lebih berat kerana persekitaran yg tidak membantu. Kurangnya manusia berpuasa pada bulan ini menyebabkan orang lain liat untuk berpuasa kerana jiwa manusia biasa terpengaruh dengan persekitaran. Akan tetapi hakikatnya, ibadat dalam keadaan berasa berat lebih afdhal.
Oleh kerana itu Rasulullah Sollallahualaihiwasallam bersabda,
"Orang yg beramal daripada kalangan mereka mendapat 50 pahala orang yg beramal di kalangan kamu. Sesungguhnya kamu mempunyai pendorong ke arah kebaikan manakala mereka tidak mempunyainya."
[ Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah. ]
"Islam itu bermula dalam keadaan ganjil dan akan kembali ganjil sebagaimana ia bermula maka beruntunglah bagi orang-orang yg ganjil."
[ Hadith riwayat Muslim ]
Dalam riwayat lain, dikatakan, "Siapakan orang-orang yg ganjil itu?" Maka Rasulullah bersabda, "Orang-orang yg melakukan kebaikan ketika manusia telah rosak."
"Beribadat dalam keadaan fitnah seperti berhijrah kepadaku"
[ Hadith riwayat Imam Ahmad ]
3-Orang yg melakukan ketaatan dalam keadaan orang lain meninggalkannya kadang-kadang boleh menghindarkan bala. (Dengan syarat orang tersebut melakukan amar maaruf nahi munkar). Maka orang yg berpuasa Syaaban seolah-olah mampu menahan daripada daripada diturunkan bala. Sebahagian salaf berkata, "Orang yg mengingati Allah yg berada dalam kelompok orang lalai seumpama orang yg mempertahankan pasukan yg sedang dikalahkan. Kalaulah tidak kerana orang yg mengingati Allah dalam keadaan kelalaian manusia itu, nescaya sesungguhnya akan binasalah manusia itu."
4-Puasa Syaaban ibarat tamrin atau latihan untuk menghadapi puasa Ramadhan. Mudaha-mudahan manusia tidak masuk ke medan Ramadhan dalam keadaan lemah longlai. Mudah-mudahan juga kita telah merasai kelazatan dan kemanisan puasa lalu memasuki Ramadhan dalam keadaan cergas dan bersemangat.
Oleh kerana Syaaban itu umpama mukaddimah kepada Ramadhan, maka amatlah bagus jika amalan ketika Ramadhan telah dimulakan sejak mukaddimahnya . Sebahagian ulama menamakan bulan Syaaban dengan nama Syahrul Qurra' iaitu bulan orang-orang yg membaca Al-Quran. Al-Hasan bin Sahl berkata, Bulan Syaaban berkata-kata, "Wahai Tuhanku, Kau telah menjadikanku di antara 2 bulan yg agung (Rejab dan Ramadhan), maka apakah yg terdapat padaku?" Maka dijawab, "Aku jadikan padamu terdapat bacaan Al-Quran."
Puasa pada siang hari nisfu Syaaban sunat kerana ia termasuk dalam keumuman sunat puasa Syaaban dan juga termasuk hari-hari putih yg memang disunatkan puasa pada setiap bulan iaitu setiap 13, 14 dan 15 haribulan.
:: Hadith-hadith kelebihan malam nisfu Syaaban
Terdapat banyak hadith yg menyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban. Terdapat ulama yg menghukum dhaif terhadap hadith-hadith tersebut. Manakala sebahagian yg lain mentashihkannya. Antaranya Ibnu Hibban yg mentashihkan sebahagian hadith tersebut lalu meletakkannya di dalam kitab Sohihnya. Hayatilah sebuah hadith riwayat Abdullah bin 'Amru, Rasulullah Sollallahualaihiwasallam bersabda,
"Sesungguhnya Allah memandang kepada makhlukNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampunkan hamba-hambaNya kecuali dua iaitu orang yg berdendam dan yg membunuh."
[ Hadith Riwayat Imam Ahmad. ]
"Sesungguhnya Allah memandang kepada makhlukNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampunkan hamba-hambaNya kecuali dua iaitu orang yg berdendam dan yg membunuh." Riwayat Ahmad.
Andainya sejumlah hadith ini dhaif sekalipun, maka ia masih boleh digunakan untuk fadhail amal selagimana ia tidak maudhu' atau dhaid jiddan.

:: Khilaf ulama dalam mengagungkan malam nisfu Syaaban
"Ini adalah bulan yg manusia leka terhadapnya di antara bulan Rejab dan Syaaban. Ia ialah bulan yg diangkat amalan kepada Tuhan sekalian alam. Maka aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa."

Ulama Tabi'en daripada kalangan Ahli Syam seperti Makhul dan Luqman bin 'Amir mengagungkannya dan bersungguh-sungguh beribadat pada malam itu.

Kebanyakan Ulama Hijaz pula mengingkarinya. Antaranya ialah 'Atho' dan Ibnu Abi Mulaikah. Pendapat ini juga dinakalkan oleh Abd Rahman bin Zaid bin Aslam daripada Fuqoha' Ahli Madinah iaitu pendapat Ashab Malik dan selain mereka. Mereka berkata: Itu semuanya bidaah.

Ulama Ahli Syam yg berpendapat mengagungkan malam nisfu Syaaban berselisih pula mengenai cara menghidupkan malam tersebut.

 Pendapat pertama: Disunatkan menghidupkannya secara berjemaah di masjid-masjid. Sebahagian ulama Ahli Syam antaranya ulama Tabi'en, Luqman bin 'Amir akan memakai pakaian yg paling bagus, membakar bukhur, bercelak dan menghidupkan malam nisfu Syaaban di masjid.

 Pendapat ini juga dipegang oleh Ishak bin Ruhawaih dan berkata, "Melakukan secara berjemaah di masjid-masjid, tidaklah perkara itu bidaah."

Pendapat kedua: Makruh berhimpun pada malam itu di masjid untuk solat dan berdoa. Dan tidak makruh seseorang melakukannya khas untuk dirinya sendiri. Dan ini pendapat Imam Ahli Syam, Al-Auzai'e. Imam Ibn Rejab Al-Hanbali mengulas pendapat ini dan berkata, "Dan ini lebih dekat, insya Allah Taala."
Imam Syafie berkata, "Telah sampai khabar kepada kami, bahawa doa itu dimakbulkan pada 5 malam. Malam Jumaat, dua malam hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban."
Imam Muhammad Zahid Al-Kauthari pula mengatakan walaupun hadith yg warid tentang nisfu Syaaban itu lemah tapi ia mempunyai sokongan. "Maka kelebihannya tidak boleh diingkari. Begitu juga kelebihan berdoa, istighfar dan beribadah pada malam itu. Oleh kerana itu, kamu akan mendapati di dalam kitab-kitab ulama Fiqh yg menganggap bahawa menghidupkan malam nisfu Syaaban termasuk di dalam malam-malam yg disunatkan untuk menghidupkannya di sisi Syara'."
:: Kesimpulan
Setelah dilontarkan pelbagai pendapat tentang keharusan menghidupkan malam nisfu Syaaban, maka wajib bagi kita berlapang dada dengan perselisihan yg telah berlaku dan jangan terlalu mudah menghukum bidaah dan haram. Malangnya, masih wujud sekelompok manusia yg keras mempertahankan bidaahnya dan menganggap mereka yg terlibat dengan nisfu Syaaban ini sebagai pelaku bidaah dan haram sehingga membawa kepada persengketaan yg tidak berkesudahan.

"Jangan gaduh-gaduh! Kita berdamai ye!"
Bahkan setiap kali sambutan Maulid Nabi, Isra' Mikraj, Nisfu Syaaban dan seumpamanya, kita akan mendengar beberapa kalimah yg sentiasa diulang-ulang iaitu bidaah, haram, jahil hadith, taqlid buta dan yg sewaktu dengannya. Saya sengaja menyatakan pelbagai pendapat di atas untuk menunjukkan wujudnya perselisihan ini sejak zaman dahulu. Yang menariknya, mengapa perselisihan ketika itu tidak pula membawa kepada perpecahan di kalangan ummah sebagaimana yg berlaku pada hari ini?
Imam Ibnu Rejab menyatakan bahawa pada malam tersebut, hendaklah orang yg beriman mengosongkan malam itu untuk mengingati Allah, berdoa kepadaNya untuk mengampunkan segala dosa, menutup segala keburukan, menyelesaikan kesusahan dan mendahulukan taubat sebelum segala-galanya.
Rujukan:
Lathoiful Ma'arif karangan Ibnu Rejab Al-Hanbali
Maqolat Al-Kauthari, himpunan tulisan Imam Muhammad Zahid Al-Kauthari

Dipetik dari : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4698-ada-apa-dengan-syaaban.html

Hukun Puasa,Solat dan Doa Pada Nisfu Sya'ban


Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum'ah.
Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya'ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?
Jawapan :
Malam nisfu Sya'ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya'ban daripada hadis-hadis (Nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).
Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya'ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.
Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .
Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina 'Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi' sambil mendongakkan kepalanya ke langit. lalu baginda berkata : Wahai 'Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata 'Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta'ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya'ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb."
[Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.] 
Seterusnya,
عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .
Hadis daripada Saidina Mu'adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda :"Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya'ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik  (yang menyekutukan Allah)  dan dosa orang yang bermusuhan." 
[Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.] 
Seterusnya,
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .
Hadis daripada Saidina 'Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Apabila masuk malam nisfu Sya'ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta'ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian...sesiapa yang demikian ...sehinggalah terbitnya fajar." 
[Riwayat Ibnu Majah] 

Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri'tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara' yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.
Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata :
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً" - متفق عليه .
"Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu
samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan."
[Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.] 
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :
"Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan." -tamat
Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma'arif) :
"Ulama' di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya'ban kepada dua pandangan.
Pertamanya :
Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.
Khalid ibn Ma'dan dan Luqman ibn 'Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.
Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : "Perkara tersebut tidaklah menjadi bid'ah." Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.
Keduanya :
Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan 'Alim." -tamat
Kesimpulannya :
Maka menghidupkan malam nisfu Sya'ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid'ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.
Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid'ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya'ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.
Oleh itu, digalakkan menghidupkan malamnya dengan ibadah dan siangnya dengan puasa.

Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum'ah.
Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi

Sunday, 1 July 2012

Dr.Morsi Presiden Baru Mesir!!!



Selepas kejatuhan Presiden Mesir – Mubarak – yang memerintah Mesir hampir 30Tahun dan memerintah secara kuku besi,rakyat Mesir memerlukan perubahan dalam negara mereka sendiri.Perubahan yang mencakupi segala aspek,dan meletakkan Islam sebagai lambang perubahan mereka.

Alhamdulillah,bulan lepas menyaksikan pertembungan yang agak sengit antara calon-calon yang bertanding.Terdapat dua kumpulan yang berbeza dalam pencalonan,iaitu satu dari kumpulan Islamis,satu lagi cenderung kepada Mubarak(kuku besi).


Alhamdulillah,24 June 2012 yang lepas Dr.Morsi dari calon FJP(Fredom Justice Party) atau IM(Ikhwan Muslimin) telah 
berjaya mengatasi pesaing terdekat beliau iaitu Ahmad Syafiq dari calon Fulul(saki baki Mubarak).

Hampir 83 tahun perjuangan Imam Syahid Hassan al-Banna dalam menegakkan islam di bumi Mesir dan akhirnya sekarang membuahkan hasil selepas kemenangan Dr.Morsi dalam tampok pemerintahan di Mesir.
Sekaligus membuatkan ramai pihak terutama negara-negara Islam memberi ucap tahniah atas kejayaan pemerintahan islam di Mesir dan membuatkan musuh-musuh Islam,Israel dan Amerika merasa bahang kebangkitan Islam di Mesir.

Kemenangan Dr.Morsi merupakan salah satu dari tangga-tangga kejayaan Islam di Dunia yang mana kita sedia maklum Dunia sekarang di perintah kuat oleh Amerika.Sehinggalah kejayaan Islam ini datang bertitik tolakkan dari kejayaan ustazi’atul a’lam itu sendiri.

Dr.Morsi merupakan Presiden ke 2 di Dunia yang menghafal al-Quran sepenuhnya selepas Presiden Palestin iaitu Ismail Haneya.
Bukan beliau sahaja yang menghafal al-Quran malah semua anak-anak dan isterinya turut menghafal al-Quran.
Begitulah kehebatan dan ketokohan Presiden Mesir  yang baru Dr.Morsi yang sepatutnya pimpinan di Malaysia wajib contohi agar negara-negara islam mula bangkit bagi mengembalikan Dunia islam.

Tahniah buat warga Mesir

Tahniah buat Dr.Morsi

Tahniah buat warga Malaysia yang sentiasa ‘update’ pilihanraya mesir.


Dipetik dari : http://wahdahperkongsian.wordpress.com/2012/06/26/pilihanraya-mesir/














Saturday, 30 June 2012

UKHWAH FILLAH bukan sekadar ungkapan.



Dialah saudaramu,
Kemana ia melangkah,
Sanggupkah matamu memandangnya?
Sedang matanya tak mampu menatapmu?
Saudaramu hidup laksana sejarah
Berjalan beriringan mengikuti langkahmu,
Tanpa bahasa yang dapat menyapa,
Jika bumi menghimpitnya,
Hanya dirimu tempat mengadu,
Engkau memupus duka nestapa yang ia derita,
Engkau memikul beban yang ia tanggungannya,
Jadilah engkau sebaik-baik sahabat buatnya.

Mencintai sesama mukmin dan mengikat tali ukhuwah merupaan suatu perbuatan yang amat mulia dan penting. Allah SWT menyatakan persaudaraan sebagai sifat kaum mukminin dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud,
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (Al Hujuraat : 10)
Ukhwah merupakan prioritis utama dalam membangunkan asas kekuatan setiap muslim. Ikatan persaudaraan sesama muslim merupakan model persaudaraan yang paling berharga dan hubungan mulia yang terbentuk sesama manusia, persaudaraan sesama mukmin lebih unggul dari hubungan persaudaraan dengan saudara kandung sendiri, kerana IKATAN AQIDAH yang sesungguhnya lebih kukuh dari ikatan keturunan.
Namun, seiring perjalanan waktu, tali ukhuwah yang telah terjalin terkadang mampu mengendur, bahkan putus. Seorang sahabat itu hanya seorang manusia, dan kita juga hanya manusia yang terkadang seringkali tersalah dalam mengorak langkah. Moga perkongsian virus-virus ukhwah ini dapat membuka mata kita bersama dalam memperkukuh ukhwah fillah.

1) Tamak akan kenikmatan dunia (20:131)
“Seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.” (hadis Nabi)

2) Lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama
“Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”(hadis Nabi)

3) Tidak santun dalam berbicara
“Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah.” (hadis nabi)

4) Sikap acuh(59:9)
…rindu, kedekatan, dan kehangatan perasaan adalah ibarat bahan bakar yang menyalakan ukhuwah abadi, menambah gelora semangat, dan meringankan segala beban yang ditanggung….aku hairan, mengapa selalu merindukan mereka
menanyakan keadaannya kepada setiap orang yang ku temui
padahal mereka di sini bersamaku
mataku mencari mereka ke sana kemari
padahal mereka ada di dekat pelupuknya
hatiku bergejolak merindukan mereka
padahal mereka ada di antara tulang rusukku
sekalipun wajahku tak dapat menatapmu lagi
namun cinta dan ukhuwah tidak akan pernah sirna
aku tidak akan berhenti memujimu
dari kejauhan, bersama untaian doa
jiwaku akan selalu merindukanmu
bersua bersama penuh ketulusan dan cinta
jiwaku adalah jiwaku,jiwaku adalah jiwanya
hasratnya adalah hasratku, hasratku adalah hasratnya

5) Mengadakan perbicaraan rahsia (58:10)
“Jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yg lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih.”(hadis Nabi)

6) Keras kepala, enggan menerima nasihat dan saran
“Cukuplah seseorang dinyatakan buruk, jika ia mengejek saudaranya sesama Muslim.”( hadis Nabi)

7) Sering membantah, berbeza sikap dan hobi, bersikap sombong dan kasar
“ruh ruh itu bagaikan bala tentera, jika mereka saling kenal, maka akan bersatu. Namun jika tidak saling kenal, maka akan berselisih.” (hadis Nabi)

9) Sering menegur, tidak toleran, cenderung negative thinking, enggan memaafkan
terimalah sahabatmu dengan segala kekurangannya
sebagaimana kebaikan mesti diterima walau kecil wujudnya
terimalah sahabatmu kerana jika ia menyakiti
lain kali ia membahagiakansiapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat
“seorang suami yang Mukmin tidak akan memarahi isterinya yang Mukminah, apabila ia tidak suka terhadap sebagian perangai isterinya, maka ia akan menyukai perangainya yang lain.”(hadis Nabi)
jika tak menegur bererti tiada cinta
cinta tetap bertahan selama ada teguran*
banyak yang tinggal jauh namun ia dekat dihati
banyak orang yang tinggal berdekatan namun hatimu tak mampu menyukai
apalah erti jauh dan dekat melainkan hanya permasalahan nurani

10) Mudah percaya terhadap orang yang-orang yang mengadu domba dan memendam dengki
"…orang2 yang dipertemukan oleh Allah dalam sebuah jalinan ukhuwah harus yakin bahawa satu sama lainnya saling mencintai dengan penuh ketulusan yang muncul dari nurani yang paling dalam. Hubungan yang telus seperti itu tidak mungkin dapat tersentuh oleh tangan tangan dengki, apalagi sampai dapat dihancurkan…" (8:63)

11) Membuka rahsia
"…jadikanlah semua yang anda ketahui tentang dirinya sebagai amanat yang tidak boleh dibuka kecuali jika ia mengizinkan…"

12) Mengikuti prasangka (49:12)
" Orang Mukmin selalu mencari alasan agar boleh memaafkan, sementara orang munafik selalu mencari cari kesalahan. "

13) Mencampuri masalah peribadi
“Diantara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya.” (hadis Nabi)

14) Egois, sombong, tidak empati…
“Siapa yang mencukupi keperluan saudaranya, nescaya Allah mencukupi keperluannya. Siapa yang menolong seorang Mukmin dari suatu kesusahan, nescaya Allah akan menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.” (hadis Nabi)
Setiap sahabat selalu dekat dikala senang
namun sahabat sejati adalah yang tetap menemani
ketika penderitaan menimpa.

15) Menutup diri, berlebihan, membebani, dan menghitung hitung kebaikannya kepadamu
carilah sahabat yang akan kau beri ketulusan dan hak hak ukhuwah, bukannya yang kau harapkan menerima sesuatu darinya.

16) Enggan mengungkapkan perasaan cinta.
“jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”(hadis Nabi)

17) Melupakannya kerana sibuk mengurusi orang lain dan kurang setia
orang yang tidak boleh membuktikan cintanya kepada sahabat lama tidak akan mampu membangun cinta dengan sahabat baru.

18) Suka menonjolkan kelebihan peribadi,…
jika seorang daie mendermakan dakwahnya hanya untuk Allah semata, bukan untuk kepentingan peribadi, masalah2 biasa tidak akan berubah menjadi problema besar atau malapetaka.

19) Mengingkari janji dan kesepakatan tanpa alasan yang kuat
“Tanda tanda munafik ada tiga; jika berkata ia berdusta, jika berjanji ia mengingkari, dan jika dipercaya, ia berkhianat.”(hadis Nabi)

20) Selalu menceritakan perkara yang membangkitkan kesedihannya dan suka menyampaikan berita yang membuatnya resah.

21) Terlalu cinta
“Cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu saat nanti.” (hadis Nabi)


Dapatkah kita rasa kemanisan dari ukhwah? Tepuk dada tanyalah iman.
Apa khabar sahabat seusrah kita ?
Apa khabar sahabat seperjuangan kita ?
Sejauh mana kita 'ambil peduli' mereka ?
Adakah kita terlalu disibukkan dengan urusan kita ?
Hingga tanpa kita sedari,
Sahabat kita sedang terkontang-kanting imannya ?
Sedang lelah bertarung futur ?
Sejauh mana dilaungkan UKHWAHFILLAH?
Dia-lah (Allah) yang memperkuat dirimu dengan pertolongan- Nya dan dengan orang-orang
Mukmin. Dan Dia Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang Mukmin).
Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu
tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati
mereka"
(al-Anfal [8]: 62-63).

Moga kita bersama dapat mengikhlaskanlah hati untuk ukhwah ini, kerana SATU MATLAMAT kita bersama itu yang jelas dan mengharap redha dan kasih sayang Allah s.w.t insyaAllah..

Tuesday, 15 May 2012

BUMI PALESTIN


Bumi Palestin,
Berabad lamanya engkau dizalimi,
Penuh penderitaan dan seribu satu kisah,
Ditindas sewenangnya tanpa berhenti,
Namun engkau tetap teguh kekal berdiri..

Bumi Palestin,
Penderitaanmu tidak bisa dimengerti,
Apatah lagi bisa untuk diselami,
Bermalamkan dengan serba ketakutan,
Bersiangkan dengan harapan bersemi,

Bumi Palestin,
Sampai bilakah terus begini,
Seperti pengemis dibumi sendiri,
Meminta simpati pada yang tak sudi,
Walaupun tanah yang empunya diri..

Bumi Palestin,
Bangkitlah sama berganding bahu,
Bersatu menjadi kukuh,bercerai kita runtuh,
Agar generasi masa mendatang,
Bila tersenyum penuh kesyukuran.