Saturday, 11 August 2012
"Sweetnya Allah Pada Kita"
Kaji Sebelum Caci
Tatkala senyum, dileteri, senyummu terlebih gula.
Tatkala masam, diumpat, wajahmu tidak ceria.
Tatkala ke media, dituduh, sengaja mencari pujian. Gila glamor. Hendak menunjuk cantik.
Tatkala di rumah, dituduh tersepit. Terkongkong. Tidak pedulikan keperluan masyarakat.
Payahnya melangkah sebagai manusia, jika ingin memenuhi kepuasan semua orang. Relatif dan pelbagai. Kata pepatah Arab, kepuasan manusia adalah matlamat yang mustahil boleh dicapai.
Nabi memujuk, "Seorang mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar dengan kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan dan kejahatan masyarakatnya." (Hadis Riwayat Bukhari, al-Tirmizi dan Ahmad, sahih)
Ya, Allah, kami mengadu kepadaMu dengan sikap manusia yang suka tergesa-gesa menghukum.
Kita tidak perlu membalas sikap keras mereka dengan kekerasan yang sama. Biar kita tersalah tidak menghukum daripada tersalah menghukum.
Nabi sungguh hebat memotivasikan kita, "Bertakwalah kepada Allah di mana jua kamu berada. Ikutilah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan. Dan berakhlaklah kamu sesama manusia dengan akhlak yang baik." (Riwayat Ahmad dan lain-lain).
Kami berterima-kasih kepadaMu, ya Allah kerana menghadirkan para ulama pewaris Nabi yang istiqamah menerangkan manhaj hidup yang mudah lagi memudahkan. Bukan bermudah-mudah. Bukan pula memayah-mayahkan. Dengan kejernihan fikrah mereka, kami tenang melangkah.
Apabila Manusia Tidak Faham Perbezaan Fiqih, Timbullah Label dan Umpatan
Ramai remaja mengadu kepada saya dengan 1001 dilema dan cerita.
"Saya ditengking oleh abang saya kerana memakai baju berwarna 'pink'. Katanya, haram wanita berbaju warna terang. Saya cuma mahukan warna itu untuk membangkitkan 'mood' ceria saya tanpa niat menggoda sesiapa. "
"Saya dilabel 'tabarruj' kerana memakai tudung pashmina, dan shawl. Padahal ianya sudahpun menutup aurat."
"Saya digelar 'si punuk unta' kerana sanggul saya. Buruk. Mangsa fesyen. Mereka tidak faham saya bersanggul bukan kerana fesyen atau hendak menunjuk. Sesetengah wanita berambut panjang perlu bersanggul agar tidak pening kepala. Seperti mana wanita lepas bersalin mesti bersanggul kemas demi kesihatannya."
"Saya dituduh mengikut arus hanya kerana tudung 'instant' saya. Padahal, saya cuma mahu jimatkan masa daripada 'iron' dan ingin cepat bersiap."
"(Punggung) saya besar. Orang tuduh saya miang. Sebab saya jalan melenggang-lenggok. Itu bukan kesengajaan saya. Adilkah saya dilabel begitu?"
"Suara saya merdu dan lunak. Adakah saya perlu bisukan suara di dunia ini? Sudah tentu saya terseksa dan sakit tekak jika perlu meniru-niru suara kasar seperti lelaki. Bukankah cara komunikasi setiap orang mempunyai keasliannya yang tersendiri? Salahkah saya menjadi diri sendiri?"
"Ramai orang berkata saya berwajah cantik. Jika ada lelaki tergoda, (adakah) dia yang perlu menundukkan pandangan atau saya yang wajib berpurdah? Purdah bagi saya menyulitkan urusan saya, mungkin ia tidak bagi orang lain. Tidakkah Islam memberi 'rukhsah' kepada kesulitan saya?"
"Saya lelaki yang dilahirkan lembut sejak kecil. Orang menuduh saya menyerupai wanita. Bukankah Allah tidak menghukum hambaNya sesuatu yang di luar kuasanya?"
Sabarlah remajaku sayang atas ketergesaan label-label manusia.
Tenangkan Hatimu dengan Ilmu dan Hujah, Bukan 'Rasa-Rasa'
Dalam menghadapi kemelut ini, menjadi keperluan kita untuk mencari ilmu dan hujah daripada sumber-sumber yang sahih. Ia akan memberi ketenangan hati. Jika kita salah, kita kena bersedia untuk betulkan diri. Jika kita tidak salah, kenapa kita perlu menyeksa diri untuk cuba memenuhi kepuasan mereka?
Rujuklah para ulama dan buku-buku besar mereka. Kenal pasti mana isu 'khilaf' dan mana isu yang disepakati. Kita akan terus bercakaran sesama sendiri apabila melayani perkara 'khilaf' sama seperti melayani perkara yang disepakati. Tingkat toleransi akan menjadi tinggi apabila kita mengkaji perbezaan dan memahaminya.
Kita juga perlu kenal mana 'prinsip' untuk kita teguh dan istiqamah. Mana pula 'perlaksanaan' yang Islam benarkan kita fleksibel. Thabat (teguh) dan murunah (fleksibel) adalah watak-watak Islam. Luaskan ufuk minda, jangan kita sempitkan.
Firman Allah SWT:
"...Allah mahukan kemudahan bagimu dan Allah tidak mahukan kesusahan bagimu..."
(Surah al-Baqarah, ayat 185)
Nikmatilah 'kemudahan' memilih apa yang baik selagi masih dalam batasan tanpa perlu terikat dengan 'kesukaan' orang yang pelbagai. Jika mereka tetap ingin melabel dan mengumpat, tersenyumlah.
Sedih itu fitrah tapi usah bersedih-sedih. Di akhirat nanti, kita perlukan mereka untuk memikul dosa kita. Kita juga boleh mengikis pahala mereka. Indah, bukan? Moga Allah sudi ampunkan kita dan mereka.
Fatwa Berat atau Fatwa Mudah Pilihan Hati?
Kita terbiasa dengan fatwa-fatwa yang berat terutamanya berkenaan masalah wanita selama ini. Sebabnya, kebanyakan para ustaz yang baik dan sudi mengajar kita itu terbiasa merujuk terus fatwa-fatwa lama dan kurang memerhatikan fiqah perbandingan (fiqh muqaran) dan fiqah kontemporari (fiqh mua'shirah). Alhamdulillah, sejuta penghargaan buat mereka kerana ijtihad para ulama masih dalam daerah pahala.
Jika ia terlalu menekan hidupmu dan menyesakkan dadamu, temuilah ketenangan beragama, kemudahan beramal, keindahan toleransi, kekuatan penyatuan dan kehalusan seni dakwah dalam fatwa dan ijtihad ulama-ulama muktabar kontemporari khususnya dalam masalah-masalah wanita. Para ulama muktabar itu antaranya ialah dalam kalangan mereka yang bermanhaj pertengahan seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Wahbah Zuhaili, Syeikh Abdul Karim Zaidan dan seumpamanya. Seperti juga para ulama yang lain, mereka berijtihad dengan ilmu, bukan dengan nafsu.
Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyusun fiqh keutamaan agar kita turut merujuk fatwa-fatwa kontemporari. Mereka menghargai pendapat lama dan meraikan tajdid (pembaharuan).
Syukur sangat kerana golongan ulama muktabar ini mendedahkan suatu kefahaman dan tafsiran al-Quran dan hadis yang membuatkan ummah berasakan Islam itu benar-benar mudah dan praktikal untuk diamalkan. Realistik dengan perubahan zaman. Yang halal amat luas sebaliknya yang haram amat sempit dalam Islam.
Allah mempersoalkan kita di akhirat nanti berdasarkan ilmu dan kefahaman kita. Oleh sebab itu, bagi mereka yang tetap ingin berpegang dengan fatwa-fatwa yang berat, silakan. Tiada masalah. Tapi perlu bersedia beramal dengan fatwa-fatwa berat yang dipegang itu. Hormatilah orang yang tidak sehaluan. Selagi pandangan itu, Islam benarkan kita berbeza.
Islam Kasihankan Kita
Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan, di antara kemudahan yang diperlukan dalam fiqih ialah mempersempit dan tidak berlebihan dalam menetapkan taklif (beban) hukum kepada manusia. Terutamanya, dalam hal yang berhubungan dengan wajib dan haram.
Daripada ajaran al-Quran dan as-Sunnah, Islam benar-benar memperhatikan dalam mempersempit perintah dan memperluas "kawasan yang dimaafkan" kerana berasa kasihan kepada para mukallaf (orang yang memikul tanggung jawab), bukan kerana lupa.
Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika kamu menanyakan di waktu al-Quran itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun."
(Surah al-Maidah, ayat 101)
Rasulullah SAW bersabda, "Orang Muslim yang paling besar dosanya adalah orang yang bertanya tentang sesuatu yang tidak diharamkan, lalu hal itu menjadi diharamkan gara-gara pertanyaannya." (Muttafaqun a'laih).
Baginda bersabda lagi, "Sesungguhnya Allah telah menetapkan hukum-hukum maka janganlah kalian melanggarnya. Mewajibkan kewajipan-kewajipan maka janganlah kalian mensia-siakannya. Mengharamkan sesuatu maka janganlah kamu melakukannya, dan mendiamkan sesuatu kerana kasihan kepada kalian, bukan kerana lupa maka janganlah kalian mempersoalkannya. (Hadis Riwayat Daruqutni dan al-Hakim, dan dia menilainya sahih. Rujuk Al-Qaradhawi, Nahwa Fiqh Muyassar)
Selagi Bukan Dosa, Bebaslah Memilih
Remajaku sayang,
Tenang dan yakinlah dengan setiap pilihan hidupmu. Selagi ia bukan dosa, nikmatilah kebebasanmu memilih mengikut cita rasamu sendiri. Berbahagialah menjadi diri sendiri. Pandangan manusia itu penting tapi memuaskan pandangan mereka semuanya adalah suatu tindakan yang 'gila'. Paling penting, tiada konflik antara pilihanmu dengan kehendak Tuhanmu.
Prinsip awal yang ditetapkan oleh Islam, bahawa asal segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah, baik berupa benda mahupun manfaat, adalah halal dan boleh, dan tidak haram kecuali ada nas sharih (jelas) yang mengharamkannya. Apabila nasnya tidak sahih, atau tidak sharih (jelas) menunjukkan pada yang haram, maka sesuatu itu hukumnya tetap harus.
Kata Imam Asy-Syatibi,
"Tidak ada perintah kecuali dengan dalil, apabila tidak ada dalil yang menunjukkan perintah untuk melakukannya, maka perintah itu gugur dengannya." (Rujuk kitab al-Muwafaqat oleh Asy-Syatibi)
Dari sinilah kawasan yang diharamkan oleh Allah menjadi sangat sempit. Kawasan yang dihalalkan semakin luas dan banyak. Hal itu tidak lain kerana nas-nas sharih yang mengharamkan sesuatu jumlahnya sangat sedikit. Sedangkan yang tidak dinyatakan halal atau haram, maka ia tetap pada hukum asalnya, iaitu mubah (harus) dan termasuk ke dalam kawasan yang dimaafkan oleh Allah SWT.
Sweetnya Allah pada kita, bukan?!Kaji Sebelum Caci

Sweetnya Allah pada kita, bukan?!
Dipetik dari : http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4867-sweetnya-allah-pada-kita.html
Monday, 6 August 2012
Hijrahlah Bersama Hati Bukan Cuma Niqab...
Sedih hati ini tatkala melihat seorang gadis berniqab meng-upload sekeping foto dengan aksi yang kurang 'cantik' untuk tatapan mata lelaki bukan mahram di Facebook, satu laman sosial yang cukup terkenal. Pedih kembali apabila mengingatkan diri ini yang hanya bisa menatap matanya yang galak dan bundar kerana wajahnya ditutupi itu juga tidak mempunyai jalinan 'friend' dengannya, apatah lagi yang lain. Terutamanya kaum Adam yang mungkin tidak semua menguatkan hati agar menundukkan pandangan daripada terus menatap mata cantik itu.
Namun diri ini tetap tidak bisa menghitung niatnya. Mungkin dia masih muda. Harus ditunjuk mana jalan yang mesti diambil. Harusnya kita yang melihat mesti menegur. Bukan silap dia terus begitu. Silap kita yang tidak berpesan. Hanya mudah dengan terus 'berbunyi' di belakang. Tolong, yang melihat jangan begitu cepat menghukum. Fahami mereka. Selami hati mereka. Dan tunjuki apa yang benar. Dengan penuh kasih terhadap saudara seakidah. Maka dengan itu, bingkisan ini kucoretkan khusus buatmu. Muslimahku sayang, dengarkan...
Tatkala mengambil kata putus untuk berniqab maka "Jangan Main-Main"
Sebetulnya, bukan untuk mereka yang berniqab sahaja. Bertudung labuh juga begitu. Berniqablah, ramai yang mahu menyokong dari belakang. Namun ingat, apabila kita memilih untuk memakai sebegini, orang-orang di sekeliling mempunyai high expectation terhadap kita. Apa yang betul dilakukan kelihatan biasa. Namun apabila sedikit yang silap, itu yang lebih besar terlihat. Kerana memang namanya manusia, ada yang hanya memandang sekelumit kesilapan dan keaiban berbanding memperbesar kelebihan dan kebaikan.
Bukanlah bermakna kita harus mengaut segala pandangan manusia agar segalanya dilihat tinggi pada kita. Bukan, sayang. Maksudku di sini, kita mesti berjaga-jaga terhadap diri sendiri. Kerana apabila memakai niqab dan tudung labuh begini, kita membawa bersama maruah Islam. Ya, maruah Islam. Take it seriously, my love. Memetik kata-kata Phua Chu Kang, "Don't play play." Jangan main-main.
Ini bukan soal mahu terlihat hanya diri kita yang baik bersama penampilan, tetapi juga mahu dunia melihat Islam yang tinggi dan indah nilainya! Jadilah muslimah yang meninggikan Islam. Bukan makin menjatuhkan.
Akhlak mesti dijaga. Kerana itu buah amal dan iman. Juga mengelak fitnah. Apabila hanya segelintir yang tidak begitu menjaga akhlak sejajar dengan cara pemakaiannya, ada manusia yang kurang memahami mula berbunyi...
"Saya tak bertudung. Bertudung labuh mana pun orang tu bukan baik sangat. Trust me. Saya dah pernah jumpa. Yang penting hati..."
"Apa la pompuan ni. Berniqab tapi gambar dekat Facebook dia, Astarghfirullah ...Wei, tak payah pakai niqab lah wei..."
"Ala, yang berniqab semua tu bukan cantik sangat pun, perasan banyak. Melebih je semua tu, dah macam ninja dah aku tengok. Ceitt. Blah la"
Bukan semua orang mahu faham kita yang begini tidak semestinya terlihat sempurna tetapi kitalah sendiri harus menjaga sedaya mungkin! Tidak boleh tidak. Mesti.
Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengatakan bahawa tudung wanita itu terbahagi kepada empat. Tudung pada wajah yang tidak mengundang fitnah dan kecantikannya hanya khusus buat suami bukan buat lelaki ajnabi atau bukan mahram. Tudung pada mata yang tidak memandang lelaki lain selain mahramnya kerana solehah yang hakiki itu tidak dipandang dan tidak memandang. Tudung pada suara yang tidak dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati yang tulus mengingati Allah dengan sentiasa berzikir.
Muslimahku sayang, apabila ini yang dijaga maka yang lain pasti turut terjaga. Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang terjaga dengan tidak melampaui batasan syariat. Anggota yang terjaga kerana peringatan sepi daripada tudung itu sendiri supaya menghindari maksiat. Hati yang terjaga daripada dicemari rasa riak dan takbur.
Sememangnya perempuan berniqab dan bertudung labuh ini baik. Baik dengan erti kata sebenarnya. Akhlak mengikut apa yang diajar Islam. Usah jadikan diri kita pemangsa kepada mereka yang begitu menjaga turut terkena tempias menjadi mangsa. Fitnah terjadi. Fitnah terhadap mereka yang berniqab dan bertudung labuh. Kasihan.
Namun, tidaklah pula bermakna harus menukar meter tudung menjadi semakin pendek kerana bimbang diri hanya membawa fitnah. Malah seharusnya hati semakin nekad memperbaiki dan menjaga akhlak dan bunga iman. Begitu, sayang. Apabila punya keazaman sebegitu maka diri telah pun membuka langkah menuju kebaikan.
Sayangku, jangan memilih memakai begini kerana lelaki.
Bertudunglah seperti yang diri mahu. Asal sahaja tudung itu tetap dilabuhkan menutupi dada. Tetap bertudung mengikut syariat bersama niqabmu. Namun awas pada hati sendiri, sayang. Jagalah ia selalu. Perhatikanlah ia sentiasa. Kerana dalam kegigihan kita melakukan kebaikan, syaitan itu juga tetap gigih berusaha membisik halus tanpa diri sedari.
Tiap kali melangkah keluar dari rumah, luruskan niat bahawa aku memakai begini hanya kerana Allah. Bukan untuk mendamba pujian dan hati lelaki. Bukan mahu menunjuk aku sekarang telah berubah menjadi lebih baik berbanding dahulu. Bukan mahu mengatakan, "Wahai Adam, lihatlah. Akulah wanita yang paling solehah. Moga sahaja kau jatuh cinta padaku".
Apabila itu yang terlintas, fikirlah apakah itu juga yang dipandang Allah? Tidak, sayang! Dia hanya ingin melihat ketulusan dan keikhlasan niat hatimu untuk berhijrah keranaNya. Apabila hatimu terdetik berhijrah kerana yang lain, hitunglah apakah amalan ini juga terhitung di sisiNya. Apabila diri memilih untuk memakai begini, jagalah niat itu sentiasa. Usah biarkan amalan kebaikan hangus rentung menjadi abu hanya kerana niat yang terpesong. Istighfarlah sentiasa. Kerana sememangnya kita manusia yang pelupa dan berdosa.
Utamakan yang lebih penting daripada yang penting.
Sayangku, pakailah niqab andai diri mahu. Perkara baik tiada siapa menghalang. Namun ingat, sayang, lihatlah yang lebih penting daripada keinginanmu untuk menutup muka bersama secebis kain indah itu. Mahu menjadi baik tidak semestinya dengan berniqab namun berniqablah andai itu benar menjadi motivasi buat diri untuk menjalani perubahan ke arah yang lebih baik. Walau begitu, tetap diri ini suka untuk mengingatkan kita bersama agar melihat perkara yang lebih utama berbanding perkara yang menjadi isu khilaf. Lihatlah yang lebih penting.
Lihatlah solat lima waktu kita. Apakah berusaha didirikan awal waktu seperti mana usaha keinginan untuk berniqab? Apakah terhafal sudah rukun-rukun serta syarat-syarat sah solat? Apakah solat itu cuba diri hayati supaya lebih khusyuk? Apakah bacaan solat itu diri fahami maknanya? Apakah solat itu bisa membuatkan diri merasa terlalu dekat dengan Allah?
Lihatlah hubungan yang terjalin antara manusia. Apakah ada api permusuhan yang belum terpadam? Apakah hati sering berprasangka buruk terhadap orang lain? Apakah hati dibisik iri dan dengki akan kejayaan dan kebahagiaan orang lain? Apakah diri ringan membantu tatkala sahabat memerlukan pertolongan? Apakah hati itu sentiasa diingatkan agar sering bersangka baik dengan manusia tiap ketika?
Lihatlah akhlak dalam diri. Nilailah dan hisablah diri sehari-hari. Apakah hati sentiasa diingatkan agar sentiasa ikhlas dalam melakukan amalan? Apakah hati itu dididik untuk menyemai rasa rindu terhadap Rasulullah dengan sunnah Baginda? Apakah diri diajar untuk tekad dalam menimba ilmu daripada melayan cinta manusia? Apakah hati sentiasa ditiup bayu semangat tabah dan gigih dalam menjalani ujian daripada Allah?
Sayang, lihatlah yang ini terlebih dahulu berbanding niqab. Kerana kewajipan ini lebih dituntut. Jadilah muslimah yang bijak menentukan perkara yang paling penting dalam kehidupan. Jadilah muslimah yang bijak dengan melakukan perkara yang dirasakan penting tetapi tetap mengutamakan perkara yang lebih penting. Maka sayangku, ini lebih baik.
Mengapa mesti pandai mengutamakan hal yang lebih penting daripada yang penting? Andai kita sebenarnya mengetahui mentaati ibu bapa itu lebih dituntut daripada pemakaian niqab, maka tiada yang keliru dalam permasalahan "mak ayah saya tak bagi saya berniqab". Pilih ibu bapa berbanding niqab. Kerana taat ibu bapa itu wajib dan berniqab itu hanya sebahagian isu khilaf. Jelas, sayang?
Andai kita muslimah yang berniqab maka usah dipandang rendah kepada mereka yang memakai pashmina. Andai kita memakai tudung labuh maka jangan merasa lebih baik berbanding mereka yang memakai tudung melilit. Masih sehingga kini diri tiada mengetahui bagaimana pandanganNya. Kerana Dia lebih arif akan hati dan niat kita lebih daripada meter tudung itu. Takutlah pada hati sendiri yang suka menilai manusia dalam diam. Sehingga wujud rasa ujub terhadap diri sendiri.
Apabila benar niat kerana Allah dan tahu mengapa diri memilih memakai begini, percayalah itu yang akan memberi kekuatan berterusan. Walaupun ramai yang memandang serong. Walaupun ramai cuba menyalah anggap. Walaupun ramai melihat diri sebagai 'kamu-orang-pelik-ewww'. Kerana pemakaian hanya diniatkan kerana Allah. Sedikit pun kata-kata manusia tidak akan memberi kesan kepada hati seandainya benar ikhlas. Right? So, just go with what you're doing now, my love!
Andai terasa lemah, renung kembali niat dalam hati. Apakah benar di jalannya. Jangan pernah putus harapan dalam memperbaiki diri dan mengejar kebaikan. Kerana itu semua tidak akan datang tanpa keinginan yang kuat dan hati yang gigih menghadapi ujian! Contohilah Ummul Mukminin. Contohi peribadi mereka dan jadikan ia semangat buat diri untuk terus melangkah dalam mendidik hati menjadi muslimah sejati. Terus kuat, sayang!
Sayangku, pakailah dan hiasi bersamanya dengan ilmu dan akhlak.
Pakailah niqab itu. Pakailah tudung labuh itu. Pakailah pakaian yang menutup aurat mengikut garisan Islam. Andai pandai menyentuh isu kahwin tidak perlu menjadi begitu sempurna tetapi usaha itu mesti ada, begitu juga soal ini. Tidak perlu menunggu diri menjadi sempurna pada tiap sudut inci seperti meter kainnya, tetapi tekadkanlah jua dalam hati keazaman dan keinginan menjadi lebih baik. Bersama ilmu dan akhlak.
Yang kurang benar kelihatannya apabila dipakai tanpa ilmu dan keazaman pembaikan akhlak. Itu yang akhirnya mula terjadi fitnah kepada pemakai niqab dan tudung labuh. Kerana itu niat amat dititikberatkan. Apabila niat benar, tindakan yang diambil juga benar. Apabila niat ingin memakai niqab sebagai dorongan menjadi lebih baik, maka diri akan berusaha walau bagaimana cara sekalipun untuk menjadi muslimah yang terbaik! Apabila niat asal terpesong maka itu yang dibimbangi apabila hati mula menurut nafsu. Jadikan niqab sebagai dorongan untuk menjadikan diri lebih baik. That's the best. Namun, andai diri bukan daripada kalangan niqabis, it's alright dear. Kita semua sama sahaja. Kerana tetap sahaja taqwa itu menjadi pembeza. Dan tetap sahaja yang istimewa itu buat muslimah yang menjaga auratnya.
Jaga akhlak. Jaga akhlak. Dan jaga akhlak. Kerana manusia tidak akan bertanya, "Tinggi manakah ilmu yang ukhti miliki?" tetapi manusia akan mula menilai melalui peribadi. Akhlak. Yes, exactly my love. Akhlak hasil daripada ilmu yang dimiliki. Tuntutlah ilmu yang benar dan secara sendiri ia akan dimanifestasikan dalam akhlak yang juga benar. Kerana ilmu itu berperanan mewujudkan perasaan khauf atau takut kepada Allah sehingga melahirkan akhlak yang baik. Biarlah qudwah itu bersama akhlak dan tudung.
Tidak semestinya berniqab lebih baik daripada yang memakai pashmina. Tidak semestinya yang bertudung labuh lebih baik daripada tudung melilit. Tidak semestinya yang memakai tudung melilit lebih baik daripada yang berniqab. Tidak semestinya mereka yang memakai pashmina lebih baik daripada yang bertudung labuh. Kerana? Kerana tinggalkanlah itu semua kepada rahsia penilaian Allah.
Dan kerana setiap daripada kita punya peluang berubah ke arah kebaikan selagi nafas masih terhela. Jangan persiakannya. Maka sayangku, genggamlah jemari sahabatmu yang lain dan bantu. Sebarkan kecintaan terhadap sesama muslimah. Padamkan segala prasangka andai ada ternyala.
Jadi baik itu bukan diukur pada tudung. Jadi baik itu adalah pada hati yang ikhlas. Namun tudung mengikut syariat itu tetap wajib. Jalankan walaupun ada yang terasa payah! Kerana percayalah tudung itu akan mula menjernihkan hati yang kotor. Mendorong hati dan keyakinan ke arah jalan cahaya. Believe me!
Mari kita sama-sama. Tolong ajari diri yang menulis ini. Kerana sungguh, diri ini juga pemakai tudung labuh yang hanya bijak berkata-kata namun masih banyak kekurangan yang mesti diperbaiki. Terlalu.
Wallahua'lam. Last word. Uhibbukunna fillah ya akhowat!
Dipetk dari : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4836-hijrahlah-bersama-hati-bukan-niqab-cuma.html
"Sebagai Muslimah, Saya Sayangkan Awak"
Baju untuk raya emak abah dah belikan. Dan hasilnya, dua helai baju kurung bersaiz 42. Kalau ikutkan si penjual, " Awak tinggi, kurus, kenapa nak ambil yang besar? Yang saiz 38 ni cantik dik". Senyum.
Mak cakap, yang besar sikit lagi elok. Dan bagi saya, yang besar itu lebih selesa, lebih selamat. Tahun lepas, baju-baju raya adalah kebaya-kebaya si merah mak ngah. Tapi tahun ini, kebaya-kebaya itu jadi simpanan. Sudah tidak cantik di mata sendiri. Dan tidak padan si kebaya dan si bidang 60 kan?
Ya, dulu yang ketat-ketat itu jadi pilihan saya. Tapi Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati saya untuk jatuh hati pada yang besar-besar saiznya sekarang.
Perasaan yang berbeza
Kalau dulu, saya rasa cantik (kononnya) dengan berkebaya, tambah lagi dengan ketinggian dan saiz badan yang Allah beri. Ketinggian yang diinginkan perempuan-perempuan Malaysia, ketinggian seorang model walaupun dari aspek lain, saya tidak layak langsung jadi model. Dan saiz badan yang melengkapi pakej tinggi. Tapi lama-kelamaan, saya seakan ianya tidak lagi selesa. Terasa seperti tidak memakai apa-apa walaupun zahirnya ada pakaian yang tersarung. Sungguh! Ini bukan cliché pembalut gula-gula mahupun nangka. Sungguh saya rasa tidak selesa bila mata-mata tertancap pada tubuh saya. Saya sangat benci diusik-usik, disiul-siul seolah-olah terlalu murah diri saya untuk diperlakukan sebegitu!
Saya jatuh hati pada si tudung labuh dan baju besar. Rasa sangat sejuk melihat muslimah-muslimah ini walaupun saya sendiri seorang perempuan. Tak perlu mereka tunjukkan bentuk tubuh mereka, mahupun tepekan-tepekan warna di muka. Malah mereka lebih dihormati! Tiada usikan nakal dan siulan yang merimaskan.
Dan kini, saya sedang cuba mengekalkan saiz-saiz yang lebih besar untuk saya. Perasaan saya? Saya rasa sangat selamat, sejuk, dihormati dan selesa. Tiada lagi perasaan seperti sentiasa dilihat mata manusia. Dan saya amat harapkan saya dilihat Allah SWT. Walaupun kadang-kadang masih lagi ada 'bunyi-bunyian tikus', tapi sudah amat sedikit. Saya kini, wanita yang sangat gembira.
Hormatilah...
Wahai kaum Adam di luar sana, saya minta anda menghormati kami, wanita. Saya tidak salahkan anda kalau pakaian saya menjual diri sendiri untuk jadi siulan anda. Tapi sekarang, saya yang tidaklah cantik malah berpakaian ala-ala makcik yang tidak mengikut-arus-fesyen-semasa (bagi sesetengah orang) ini pun mahu dijadikan siulan? Anda mungkin akan diberi seorang anak perempuan suatu hari nanti, dan tidakkah anda mahu mereka dihormati? Melainkan anda sendiri yang tidak kisah darah daging sendiri diperlakukan sebegitu.
Maaf ada andai ada kata-kata ini mengguris sahabat-sahabat perempuan saya. Saya tahu, saya sendiri tidaklah sebaik mana. Masih terlalu banyak ruang untuk saya penuhi sebagai seorang muslim. Tapi sungguh, anda lebih cantik tanpa menunjukkan kecantikan yang Allah SWT beri pada anda.
Sayangi diri anda, muslimah tersayang.
Semoga Allah memberikan kekuatan hati agar tetap istiqamah di dalam ketaatan ini. Sungguh, mujahadah untuk mendapat redha Allah SWT itu terlalu sukar, namun nikmatnya hanya yang berusaha sahaja akan dapat merasai betapa indahnya perasaan itu. Wahai sahabat-sahabat muslimah yang disayangi Allah, sayangilah dan hormatilah diri anda. Jangan dibiar ia menjadi tatapan-tatapan lelaki yang liar matanya di luar sana. Siapa lagi yang perlu menghormati dan meletakkan dirinya di dalam kebaikan kalau bukan diri sendiri. Labuhkanlah pakaianmu dan balutlah hati itu dengan pakaian Taqwa, bukan pakaian yang menjolok mata.
"Sesungguhnya sebagai muslimah, saya sayangkan awak"

Dilema Gelaran "Ustaz" dan "Ustazah"
Sudah menjadi kebiasaan, seorang yang bukan daripada bidang agama apabila dia berpenampilan menutup aurat dengan sempurna, maka dia dicop sebagai golongan yang arif tentang agama. Alim katanya. Ilmu agama mesti penuh di dada. Gelaran 'ustaz' dan 'ustazah' diberikan. Walhal, mereka juga sebenarnya masih dalam proses meningkatkan kualiti diri. Adakalanya, mereka juga terkapai-kapai. Adakalanya mereka juga tercari-cari.
Bagi diri yang dipanggil dengan gelaran 'ustaz' atau 'ustazah' itu, terasa bagai ada satu beban yang terpikul. Terasa diri semacam tidak layak untuk mendapat gelaran sedemikian. Terasa diri terlalu banyak kekurangan. Terasa diri diselaputi dosa. Ditambah lagi dengan bidang yang diambil bukanlah dari cabang-cabang agama yang dijulang, lantas gelaran 'ustaz' atau 'ustazah' itu terasa sememangnya tidak layak untuk diri. Pernah rasa macam itu?
Saya yakin, mesti ada yang pernah mengalaminya sebab diri ini juga merupakan salah seorang daripadanya. Terasa diri sangat-sangat tidak layak. Ya, mungkin ada yang berpendapat..
"Alaa.. setakat gelaran, apalah sangat.. maksudnya sama jugak macam cikgu ke teacher ke..".
Tapi, majoriti mentaliti masyarakat kini tidak mengizinkan pendapat yang mengatakan ianya hanyalah satu gelaran yang sama maksudnya dengan cikgu mahupun teacher.
Sebaliknya, gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' itu membawa bersama-sama maksud, yang mana seseorang itu mempunyai ilmu agama yang baik dan menjadi pakar rujukan khususnya dalam bab-bab hal agama. Seorang yang alim (warak) bahkan, ada yang berpendapat golongan yang bertudung labuh, berjubah, dan berserban ini merupakan mereka yang mengetahui ilmu bahasa Arab, hafiz mahupun hafizah yakni penghafaz al-Qur'an.
Sehinggakan pensyarah yang dihormati turut memanggil dengan gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah'. Sekiranya ada apa-apa yang berkaitan dengan bahasa Arab dan agama di bilik kuliah, pendapat kita diraikan dengan bertanya pendapat kita. Namun adakah hakikatnya begitu?
Percayalah, bukan semua mereka begitu. Bahkan, ada daripada golongan ini yang tidak pernah sekalipun bersekolah di sekolah agama. Ada yang masih bertatih. Ada yang masih dalam proses membiasakan diri. Pendek kata, masih dalam usia setahun jagung mengenal Allah. Namun begitu, apakah yang membezakan mereka dengan yang lain?
Penampilan mereka. Ya. Mereka cuba sedaya upaya untuk mentaati suruhan-Nya. Sekurang-kurangnya mereka sudah terlepas daripada tanggungjawab menutup aurat. Seterusnya, suruhan-suruhan-Nya yang lain pula cuba dipraktikkan dari semasa ke semasa. Mereka cuba menjaga tutur kata. Mereka cuba menjaga muamalat, iaitu cara bergaul antara bukan mahram dengan sebaik mungkin. Mereka cuba sedaya upaya menjaga habluminannas dan habluminallah*. Namun begitu, sebagaimana lazimnya seorang manusia, fitrah mereka tetap ada, yakni imannya bersifat menaik dan menurun. Maka, sekiranya ada kekhilafan dan kealpaan mereka, tegurlah dengan berhikmah sebagaimana yang dituntut agama.
Dalam masa yang sama, bagi saya mereka yang mendapat gelaran 'ustaz' atau 'ustazah' ini perlu sebenarnya berterima kasih kepada golongan yang memanggilnya sedemikian rupa. Mengapa? Kerana melalui gelaran tersebutlah sebenarnya, sedikit sebanyak membantu kita untuk lebih menjaga diri, untuk lebih mengawal adab sopan dan untuk lebih mengawal perlakuan yang ada. Secara tidak langsung ianya adalah suatu dakwah kepada orang-orang di sekeliling.
Tahniah! Anda telah berjaya melakukan dan menyambung kesinambungan dakwah Rasulullah S.A.W. "Tapi bagaimana? Aku tak buat apa-apa pun?".
Siapa kata anda tidak melakukan apa-apa? Anda sebenarnya telah berdakwah kepada mereka. Secara tidak langsung, anda telah mendidik mereka menyemai satu sifat yang sangat dituntut, iaitu bersangka baik. Uslub dakwah itukan pelbagai!. Buktinya, tanpa perlu anda mengeluarkan sepatah kata sekalipun.. mereka tanpa sedar telah bersangka baik bahawa anda itu baik akhlaknya, baik imannya (kerana ustaz mahupun ustazah itu sangat sinonim dengan akhlak dan hati/iman yang baik, walaupun mungkin bukan semua). Sangkaan yang baik itu akhirnya diluahkan dan diterjemahkan dengan cara memanggil anda dengan gelaran ustaz mahupun ustazah.
Walau bagaimanapun, mungkin ada yang berpendapat gelaran tersebut dipanggil hanyalah kerana ingin memerli individu tersebut. Ya, mungkin sebahagiannya ada yang berfikiran sebegitu. Tapi, percayalah bahawa mereka yang berfikiran sedemikian juga pada asalnya memiliki rasa kagum dan hormat kepada anda. Namun kerana perasaan itu telah diselaputi oleh satu perasaan yang dinamakan 'ego', maka mereka telah bertindak menutup segala rasa tadi. Jadilah mereka golongan yang sukar untuk menerima rasa hati sendiri.
Selain itu, melalui gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' ini juga sebenarnya mampu menjaga diri kita. Buktinya? Jika ditanya kepada majoriti mereka yang berada dalam situasi ini mengenai gangguan yang diterima, saya yakin bahawa jawapan mereka seakan-akan sama. Jawapan yang bagaimana? Jawapannya, mereka seakan-akan dilindungi, seakan-akan dijaga, seakan-akan dikawal dalam erti kata menjaga tingkah lakunya serta dihormati. Semuanya diperolehi dengan jasa gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' tersebut dengan izin Allah.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
(Surah al-Ahzab ayat 59)
Lihatlah! Allah juga telah memberikan jaminan keselamatan bahawa mereka yang mengikuti suruhan-Nya ini tidak diganggu, dan saya yakin hampir semua orang yang berada dalam golongan ini juga memiliki kisah-kisahnya yang tersendiri yang menjadi bukti kata-kata Allah ini.
Melalui gelaran ini juga secara tidak langsung mampu untuk mendidik diri yang digelar itu juga. Bagaimana? Tidak keterlaluan rasanya jika dikatakan gelaran tersebut mampu untuk menjadi guru kita. Masakan tidak, apabila diri dipanggil dengan panggilan yang sedemikian, masihkah kita sanggup membiarkan diri dihiasi dengan akhlak yang tidak sewajarnya? Akhlak yang tidak melambangkan akhlak Islam?
Bagi nurani yang bersih, saya kira tidak sanggup untuk berakhlak sedemikian lagi. Maka, detik demi detik akhlak diri sedaya upaya cuba ditingkatkan, walaupun adakalanya sering tersungkur jatuh. Hal itu bukanlah suatu yang boleh menjadi batu penghalang untuk diri melakukan perubahan paradigma. Masa demi masa, ilmu agama makin ditingkatkan. Bukankah itu satu perkara yang baik?
Maka, saya rasa sangat-sangat wajar sebenarnya ucapan terima kasih ditujukan khas buat mereka yang memanggil dengan gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' ini. Terima kasih! ^_^
* Hablumminannas : Hubungan manusia sesama manusia
Hablumminallah : Hubungan manusia dengan pencipta (Allah SWT)
Dipetik dari : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4840-dilema-gelaran-ustaz-dan-ustazah.html
Saturday, 4 August 2012
Tuah Imam Muda Jabar.!!
KEJAYAAN meraih juara program Imam Muda musim ketiga membakar semangat buat Imam Muda Jabar untuk menghadapi arena dakwah yang mencabar.
SETELAH sembilan minggu para peserta atau Imam Muda berada dalam program realiti yang masih menjadi fenomena di negara ini, Iman Muda, perjuangan mereka telah berakhir semalam.
Dewan Jubli, Pusat Penilaian Negara (INSPENS), Bangi menjadi saksi Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28, atau Imam Muda Jabar dinobatkan juara ketiga program realiti tersebut selepas Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hassan sebagai juara untuk dua musim sebelum ini.
Ternyata keputusan lelaki dari Selangor itu meninggalkan keluarga terutamanya isteri dan dua orang anak kecil serta menolak tawaran kenaikan jawatan semata-mata untuk menyertai program Imam Muda musim ketiga nampaknya tidak sia-sia.
Mengulas tentang kemenangannya, Jabar melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi. Dia menyifatkan kemenangannya sebagai permulaan buat dirinya berdakwah.
"Saya memanjatkan kesyukuran yang tiada terhingga kepada Allah Taala. Rasa syukur dan terima kasih atas segala doa dan sokongan peminat Imam Muda, terutamanya ibu bapa dan keluarga.
"Kemenangan ini adalah permulaan untuk menghadapi arena dakwah yang lebih mencabar. Biarpun melalui pelbagai cabaran sebelum dan semasa berada dalam program ini, saya nekad untuk terus berjuang atas nama dakwah.
Naib juara disandang oleh Mohammad Hafiz Abdul Khodir, 27, sementara Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21, menduduki tempat ketiga.
Terdahulu, Kemuncak Imam Muda yang bersiaran di Astro Oasis (Saluran 106) dan serentak di Mustika HD (Saluran 134) pada malam Jumaat lalu buat pertama kalinya menyaksikan tiga peserta bersaing pada pusingan final.
Mereka ialah Mohammad Hafiz dari Kuala Lumpur, Abdul Jabbar (Perak) dan Abdul Rahman Naufal (Johor).
Juara Imam Muda musim ketiga membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro manakala naib juara pula membawa pulang wang tunai RM35,000 sumbangan Astro, RM15,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala.
Tempat ketiga turut memenangi wang tunai RM15,000 sumbangan Astro dan RM10,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala.
Bagi yang ketinggalan menonton final Imam Muda, anda masih boleh mengikuti siaran ulangan hari Sabtu, 4 Ogos ini pukul 5.30 petang atau hari Ahad 5 Ogos 2012 pukul 10 pagi di Astro Oasis (Saluran 106).
Dipetik dari :http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2012&dt=0804&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm
Sunday, 29 July 2012
" Aku Bukan Saidina Ali "
Nurul Salwa Al-Fateh. Pertemuan pertama kali dengan wanita hebat seperti Nurul Salwa Al-Fateh pasti tidak mampu dilupakan. Pelajar perundangan syariah yang sangat hebat tentang hukum agama. Penegak keadilan. Pembanteras kezaliman. Begitu tabik aku kepada Nurul Salwa Al-Fateh. Namun apa yang pasti, wanita ini sebenarnya amat sukar untuk didekati. Terlalu sukar. Wanita yang begitu sibuk beribadah dan berhubung dengan kekasihNya menyebabkan dia sentiasa menyendiri daripada kelompok manusia yang sibuk dengan kehidupan sosial masing-masing.
Jika dibandingkan aku dan Nurul Salwa Al-Fateh, terlalu jauh perbezaan kami berdua. Hidup Nurul Salwa Al-Fateh begitu mengikut syariat padahal aku pula banyak melanggarnya. Jauh di sudut hatiku, aku mahu memiliki Nurul Salwa Al-Fateh itu. Aku seperti telah jatuh hati pada wanita yang hujung namanya Al-Fateh itu. Tapi, bolehkah aku memilikinya? Sedangkan kehidupan kami berdua saja sudah boleh membezakan aku yang jahat dan dia yang baik. Hati ini sukar untuk dijangka. Bila aku tidak memerlukan cinta, ia datang menyinggah. Bila diperlukan, ia tidak mahu datang. Itulah lumrahnya perkataan yang bernama cinta.
Tetapi pada suatu hari, terjadi satu peristiwa yang telah mengubah kehidupanku. Aku bertemu Nurul Salwa Al-Fateh. Pada ketika itu, dia berada di perpustakaan kampus dan pada waktu yang sama, aku sedang mencari bahan rujukan untuk menyiapkan kerja khusus yang diberikan oleh pensyarah. Tiba-tiba, Nurul Salwa Al-Fateh memberi salam dan meminta aku mengambil buku yang berada tidak jauh dari tempat aku berdiri. Aku begitu terkejut dan terpegun dengan keindahan Nurul Salwa Al-Fateh. Memang benar kata para pelajar di sini, dia pelajar yang luar biasa.
"Errr... Encik? Boleh ambilkan saya buku yang tidak jauh dari tempat encik berdiri?"
Aku pun mengambil buku tersebut setelah lamunan aku terhenti. Aku memberanikan diri untuk bertanya padanya adakah betul dia Nurul Salwa Al-Fateh. Dia tersenyum. Aku sungguh terpukau dengan senyuman manis bersama lesung pipitnya itu. Nurul Salwa Al-Fateh menganggukkan kepala dan berlalu seraya meninggalkan aku salam. Hatiku berdebar-debar. Aura Nurul Salwa Al-Fateh masih bersama denganku. Sejak dari itu, aku mula kerap ke perpustakaan agar sentiasa bertemu wanita hebat itu.
Ke mana saja dia pergi, aku pun mengikutinya. Segala aktiviti Nurul Salwa Al-Fateh sentiasa aku ketahui. Sifat peribadinya tiada beza seperti Saidatina Fatimah Az-Zahra. Mungkin aku boleh samakan dia dengan Ummu Abiha itu. Nurul Salwa Al-Fateh sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid dan mengikuti aktiviti kebajikan. Sedikit demi sedikit, aku telah berubah. Dahulu gaya hidupku terlalu kebaratan. Di dalam rumahku ini aku sedar tiada sedikit pun sinar Islam. Botol arak tersimpan kemas di dalam almari. Maksiat bermaharajalela di rumah ini. Aku sangat berasa jahil dan sememangnya aku jahil dalam bab agama. Aku ingin berubah menjadi yang lebih baik. Aku tidak mahu tersesat di jalan yang lagi menyesatkan ini. Namun pada siapa harus aku bertemu?
Sedang asyik aku duduk di tasik buatan kampus, hadirnya wanita idaman semua lelaki. Nurul Salwa Al-Fateh bersama beberapa temannya menyapaku. Mungkin dia terlihat aku di dalam masalah. Entah bagaimana dia boleh tahu tentang masalah yang dihadapiku ini. Nurul Salwa Al-Fateh menyerahkan sekeping kertas yang tercatat padanya nama dan nombor telefon seseorang. Dia meminta aku untuk berjumpa dengan orang tersebut. Kemudian dia pun pergi bersama-sama rakannya dengan meninggalkan aku salam. Tanpa melengah-lengahkan masa, aku mengeluarkan telefon bimbit lalu mendail nombor tersebut. Perbualan antara aku dan Ustaz Muhammad tidaklah panjang. Aku hanya meminta untuk berjumpa.
Pada malam itu, aku berjumpa Ustaz Muhammad di sebuah masjid tidak jauh daripada kediamanku. Aku menceritakan segala kisah hidupku dan meminta Ustaz Muhammad membimbingku. Dengan hati yang besar, Ustaz Muhammad menerimaku sebagai anak didiknya. Kini aku mampu tersenyum. Aku mula belajar untuk mengambil wuduk kemudian solat. Setelah itu aku mula membaca surah-surah lazim. Bermula dengan surah Al-Fatihah dan 3 surah Qul. Dalam masa beberapa hari aku sudah menguasainya. Aku umpama bayi. Bayi yang mula-mula hanya tahu merangkak. Cuba berdiri dan berjalan tetapi pada suatu saat, aku tersungkur. Walaupun sering aku rasa kesakitan, tapi aku tidak mengalah. Aku berdiri lagi dan berjalan perlahan-lahan. Alhamdulilah, sekarang aku mampu melaksanakan perintah Allah yang menjadi perkara yang pertama dihisab di alam barzakh, solat.
Usai saja solat Zohor di masjid kampus, aku terserempak dengan Nurul Salwa Al-Fateh. Aku menyapanya dengan memberi salam. Nurul Salwa Al-Fateh yang ketika itu bersama temannya memalingkan wajah ke belakang dan menjawab salam yang aku berikan. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah menemukan aku kepada Ustaz Muhammad. Nurul Salwa Al-Fateh menganggukkan kepala dan berkata dia hanya membantu mempertemukan saja aku dan Ustaz Muhammad. Tidak lebih daripada itu. Ya Allah, wanita di hadapanku ini sungguh merendah diri. Sebelum meminta diri, aku sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya. Aku pun pergi meninggalkan Nurul Salwa Al-Fateh dengan sebuah senyuman yang telah aku khaskan buatnya.
Beberapa hari kemudian, aku mendapat khabar Nurul Salwa Al-Fateh dilamar oleh seorang ustaz. Ustaz Salahuddin Al-Ayyubi. Bekas pelajar Universiti Al Azhar. Tetapi ditolak oleh Nurul Salwa Al-Fateh. Ramai lelaki yang telah cuba melamar Nurul Salwa Al-Fateh tetapi kesemuanya pulang dengan hampa kerana lamaran masing-masing telah ditolak olehnya. Lelaki-lelaki yang melamar Nurul Salwa Al-Fateh bukan calang-calang orang. Kesemuanya kuat agama dan merupakan anak orang berada. Di hatiku timbul satu soalan: Siapakah yang boleh mendapatkan Nurul Salwa Al-Fateh itu?
Seperti biasa, aku akan berada di masjid bersama-sama Ustaz Muhammad pada setiap malam Jumaat. Mengaji Al-Quran bersama dengannya. Memperbetulkan tajwid jika aku tersalah. Malam itu, aku merasakan bacaanku semuanya tidak betul sehingga Ustaz Muhammad menjadi hairan. Apakah yang bermain di fikiranku sebenarnya? Mengapa setiap bacaanku menjadi salah?
Ustaz Muhammad meminta aku berhenti membaca. Takut jika aku terus membaca, banyak lagi kesalahan yang aku lakukan. Aku rasa gundah gulana. Wajah Nurul Salwa Al-Fateh bermain di minda. Patut saja aku tidak boleh membaca al-Quran dengan baik. Ustaz Muhammad bertanya kepadaku andai aku mempunyai masalah. Aku telah menganggap Ustaz Muhammad seperti ayahku sendiri dan begitu senang untuk aku bercerita kepadanya. Aku menceritakan kepadanya mengenai Nurul Salwa Al-Fateh itu. Ketika aku bercerita, aku tidak mahu menyebut nama Nurul Salwa Al-Fateh.
"Kenapa tidak cuba untuk melamar wanita itu?" soal Ustaz Muhammad. Aku yang bersandar pada dinding masjid tersenyum.
"Saya dan wanita itu umpama langit dan bumi. Bagaimana untuk saya melamar wanita solehah itu padahal sebelum saya, ramai lelaki yang telah pulang dengan hampa kerana lamaran sudah ditolak. Jika saya yang pergi melamarnya, sudah pasti ditolak oleh wanita itu," jawabku. Tiba-tiba Ustaz Muhammad ketawa.
"Bagaimana kamu tahu kamu ditolak oleh wanita itu padahal kamu belum mencubanya? Belum cuba, kamu sendiri tidak akan tahu keputusannya bagaimana. Mungkin wanita itu akan menerima kamu sebagai suaminya," kata Ustaz Muhammad. Aku terdiam. Ada benarnya juga kata Ustaz Muhammad.
Kemudian Ustaz Muhammad menceritakan kisah Saidina Ali bin Abi Talib dan Saidatina Fatimah Az-Zahra. Aku mendengar penuh khsuyuk cerita yang diceritakan oleh Ustaz Muhammad. Cinta diam itu hanya dipendamkan kerana takut melebihi cinta kepada Allah. Namun cinta mereka itu disatukan juga. Aku begitu kagum kepada Saidina Ali bin Abi Talib yang begitu sabar bagi menunggu cintanya.
"Namun saya bukan Saidina Ali, ustaz. Saya hanyalah hamba Allah yang serba kekurangan. Saya mungkin tidak layak untuk wanita itu. Wanita itu terlalu baik dan solehah. Dia mungkin layak untuk orang lain. Bukan saya, ustaz," kataku kepada Ustaz Muhammad.
"Jika kamu bukan Saidina Ali, wanita itu juga bukan Saidatina Fatimah. Terlalu awal untuk berputus asa. Cubalah dahulu. Aku yakin kamu pasti akan memiliki wanita solehah itu." Kata-kata Ustaz Muhammad memberi aku semangat. Aku perlu mencuba dahulu agar mengetahui jawapannya. Aku melakukan solat hajat dan solat istikarah. Jika lamaranku ditolak, aku redha. Aku tahu aku tidak layak buat Nurul Salwa Al-Fateh.
Berbekalkan doa, aku memberanikan diri berjumpa orang tua Nurul Salwa Al-Fateh. Semasa aku bertemu orang tua Nurul Salwa Al-Fateh, aku begitu terkejut besar sehingga menyebabkan aku tidak dapat berkata-kata. Lelaki yang menjadi ayah kepada Nurul Salwa Al-Fateh itu adalah Ustaz Muhammad. Kedatanganku disambut dengan penuh gembira oleh Ustaz Muhammad. Aku berasa seperti dalam mimpi!
"Apakah kedatanganmu ke rumahku ini anak muda?" soal Ustaz Muhammad. Aku menjadi sedikit gementar. Ragu-ragu untuk meluahkan apa yang sudah tersirat di hati. Aku menarik nafas.
"Maaf kalau saya mengganggu ustaz, tetapi kedatangan saya ke sini membawa hajat yang besar. Saya tahu saya bakal ditolak tetapi saya mahu mencubanya dahulu. Saya ingin melamar Nurul Salwa Al-Fateh menjadi isteri saya. Menjadi peneman hidup saya," kata aku menyatakan kedatanganku kepada Ustaz Muhammad.
"Persoalan yang bermain di minda dan di hatimmu itu bakal dijawab sendiri oleh Nurul Salwa Al-Fateh. Andai dia menerima, aku juga akan menerima. Andai ditolak, redhakan saja," kata Ustaz Muhammad. Aku hanya menganggukkan kepala. Ustaz Muhammad pun memanggil Nurul Salwa Al-Fateh ke ruang tamu dan bertanya kepadanya sama ada dia menerima lamaranku atau menolaknya. Aku perlu bersedia.
"Abah, Salwa pernah mendengar ada lelaki yang mengatakan dia bukan sehebat Saidina Ali kerana kehebatan cinta Saidina Ali kepada puteri Rasulullah SAW. Sedangkan Salwa juga bukanlah Saidatina Fatimah Az-Zahra. Salwa juga ada kekurangannya. Setiap hari Salwa menunggu lelaki itu melamar, namun hampa. Sehinggalah hari ini, penantian Salwa telah tamat, abah. Lelaki itu hadir juga dan lelaki yang Salwa maksudkan adalah Muhammad Zoriffudin. Lelaki yang menjadi anak didik abah. Dengan itu, Salwa menerima lamaran lelaki yang ada di hadapan abah," jawab Nurul Salwa Al-Fateh. Aku rasa begitu gembira sehingga melakukan sujud syukur. Ya Allah, terima kasih!
Siapa menyangka penghujungnya indah? Aku yang dahulunya berfikiran akan ditolak oleh Nurul Salwa Al-Fateh, tetapi diterima lamaranku. Aku bukanlah sehebat lelaki-lelaki lain yang bekerjaya tinggi dan luas ilmu agama. Aku masih lagi dalam keadaan kekurangan. Kekurangan kerana tiada yang mengembalikan tulang rusukku yang hilang. Aku yang perlu mencarinya kembali dan akhirnya aku menjumpainya. Bertemu kembali tulang rusukku yang hilang dan tulang rusukku itu adalah Nurul Salwa Al-Fateh binti Muhammad.
Saturday, 28 July 2012
Ikhtilat / Hubungan Lelaki dan Perempuan Menurut Pandangan Dr.Yusuf Al-Qardhawi..
Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan). Adakah sama sekali tidak boleh? Apakah hukumnya? Mungkin kebanyakan kita pernah mendengar mengenai masalah ini, mungkin juga tidak.
Demi cinta dan sayangku kepada muslimah-muslimah di seluruh dunia, ku cuba menterjemah sedikit secara bebas dari buku Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, saya hanya mengambil di kesimpulan dari keseluruhan jawapan penanya soalan. Teguran dan nasihat amat diharapkan. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada semua khususnya para muslimah insyAllah.
Amma ba’d:
Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan.
Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :
1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan jangan gatal menjeling-jeling) , tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Allah SWT berfirman :
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, (31)
An Nuur : 30-31
2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT berfirman :
dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)
Surah An Nuur : 31
Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.
Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59)
Al Ahzab: 59
Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.
3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :
i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :
Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,(32)
Al Ahzab : 32
ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)
An Nuur : 31
Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :
Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)
Surah Al Qashah :25
iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.
4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.
5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.
6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak- anak).
Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.
Wallahu Ta’ala A’lam
Dipetik dari : http://ummiesufia.blogspot.com/2009/04/ikhtilathubungan-lelaki-dan-perempuan.html
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)