AHLAN WASAHLAN

Sunday, 30 December 2012

KEMPEN BIAH SOLEHAH

1. CINTA ALLAH DAN RASUL

* Menerapkan akidah yang sejahtera dalam diri mahasiswa.
* Memupuk cinta kepada Allah dan Rasul dengan sebenar-benar cinta.
* Mengutamakan cinta kepada Allah dan Rasul lebih dari segala-galanya.

Firman Allah s.w.t :

Katakanlah " Taatilah Allah dan Rasulnya, jika kamu ingkar, Maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang kafir (3.32).


2. JOM SOLAT BERJEMAAH

* Menyatukan hati-hati menghambakan diri kepada Allah s.w.t.
* Memperkukuhkan ukhwah persaudaraan.
* Mentransformasikan diri mahasiswa agar menjadi mahasiswa yang berdisiplin.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda solat berjemaah lagi afdhal daripada solat yang dilakukan oleh sesiapa sahaja dari kalangan kamu secara bersendirian sebanyak 25 kali ganda dan sesungguhnya malaikat malam dan malaikat siang bertemu ketika solat subuh. Kemudian Abu Hurairah berkata justeru itu bacalah jika kamu kehendaki ayat al-quran yang bermaksud : 
Sesungguhnya solat subuh secara berjemaah itu akan disaksikan oleh para malaikat.

3. MARI JAGA IKHTILAT

* Melahirkan generasi mahasiswa yang bermaruah.
* Mendidik dan merawat gejala sosial hasil dari idealogi barat.
* Melahirkan muslim yang mantap akhlaknya.

Firman Allah s.w.t :

" Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. (24.30)

4. JOM KITA SEMPURNAKAN AURAT

* Memperindahkan mahasiswa dengan pemakaian syariat.
* Mempersonakan diri dengan menyempurnakan aurat.
* Menutup jalan-jalan yang mendorong kepada maksiat.

Firman Allah s.w.t :

" Wahai Nabi ! : Katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin " Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu, dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang" (33.59)

5. INDAHNYA AL-QURAN

* Melahirkan generasi quranik.
* Menjadikan quran sebagai sumber rujukan utama.
* Melahirkan mahasiswa yang mana akhlaknya adalah al-quran.

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Aku tinggalkan pada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Al-quran dan Sunnah".

6. SMART HALAQAH

* Membentuk ukhwah islamiyyah.
* Melahirkan kekuatan ruhiyyah melalui smart halaqah.
* Membudayakan majlis ilmu.

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda :

" Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca al-quran dan mempelajarinya suatu ketenangan pasti akan melindungi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah akan menyebut-nyebut mereka kepada makhluk-makhluk yang berhampiran dengan Nya (malaikat)"
Hadis Muslim.